
Trending
Wanita Dituduh Sebagai Kekasih CEO Batu Tampil Bersuara
Seorang wanita tampil menafikan ada hubungan istimewa dengan pempengaruh, CEO Batu yang kini terpalit dakwaan menghantar gambar alat sulit kepada seorang remaja.
BACA: Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Dan Rayu Tak Dilapor Polis
Wanita dikenali sebagai Kasih menjelaskan dia bukanlah mangsa gangguan seksual yang dimaksudkan dan mereka berurusan hanya untuk kerja.
Wanita pernah rakam content bersama CEO Batu, sekadar urusan kerja
Difahamkan, mereka pernah merakam content bersama-sama sebelum ini menyebabkan netizen menganggap wanita itu adalah mangsa.



Kasih berkata jika ada bukti kukuh, pelaku haruslah dihadapkan ke mahkamah demi keadilan mangsa. Malah, dia berharap penjelasan yang diberikan dapat menjernihkan namanya daripada salah faham orang ramai.
“Saya bukanlah kekasih CEO Batu”

Terdahulu, Caprice mendedahkan CEO Batu merayu kepada ibu bapa mangsa supaya tidak diambil tindakan.
Pempengaruh berkenaan mendakwa tersilap menghantar gambar yang sepatutnya diberikan kepada teman wanitanya.
