Connect with us

Oh! Media

Wanita Dipenjara 8 Tahun Tinggal Anak Seminggu Pergi Bercuti Dengan BF

Saki

Trending

Wanita Dipenjara 8 Tahun Tinggal Anak Seminggu Pergi Bercuti Dengan BF

Kejam dan tidak berperikemanusiaan, itulah yang dapat digambarkan dengan tindakan seorang ibu yang sanggup tinggal anak berumur tiga tahun seorang diri di rumah.

BACA: Anak Mati Ditembak Akibat Ibu Buat Isyarat Jari Tengah

Lapor Kosmo!, kejadian yang berlaku pada Jun 2020 itu menyebabkan Mahkamah Daerah Tokyo menjatuhi hukuman penjara 8 tahun kepada tertuduh, Saki Kakehashi di atas kesalahan mengabaikan anak sehingga meninggal dunia.

IKLAN

Tinggal anak bercuti dengan BF

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Noa ditinggalkan selama seminggu seorang diri di apartment mereka di bandar Ota. Sementara ibunya berada di bandar Kagoshima meluangkan masa bersama kekasih.

Saki Kakehashi

Tertuduh yang berusia 26 tahun menganggap anak akan baik-baik sahaja dan meninggalkan teh serta gula-gula sebagai bekalan.

Sekat laluan ke dapur dengan sofa

Pendakwa raya berkata, tertuduh didapati menyekat laluan masuk ke dapur dengan sofa sebelum berangkat ke Kagoshima. Tetapi tertuduh memberi alasan tidak mahu anak mencederakan diri sendiri dengan pisau atau alatan lain yang ada di dapur.

Tinggal Anak

Sebaik pulang daripada bercuti, tertuduh mendapati anak sudah tidak bernafas. Dia dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kelaparan dan dehidrasi. Perutnya juga didapati hampir kosong.

Tertuduh juga dipercayai cuba menutup kesalahan dengan menyapu ubat pada ruam yang ada di punggung anak akibat terlalu lama tidak menukar lampin.

Dia juga telah menukar lampin baharu sebelum membuat laporan kecemasan mengenai anak kepada pihak berkuasa.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas