Connect with us

Oh! Media

Wanita Dicerai Dalam Pantang Selepas Tegur Buku Klinik Anak Koyak

Cover Photo Om 1200 X 675 25

Trending

Wanita Dicerai Dalam Pantang Selepas Tegur Buku Klinik Anak Koyak

Berat mata memandang, berat lagi dugaan yang dipikul wanita ini apabila dia dicerai dengan talak satu 13 hari selepas melahirkan bayi. Ibu yang mempunyai tiga anak ini buntu memikirkan nasib bayi yang belum sempat merasa kasih sayang seorang ayah.

BACA: Akibat Dijangkiti Covid-19 Sebanyak 3 kali, Lelaki ini Nekad Ceraikan Isterinya

Memetik laporan Sinar Harian, wanita berasal dari Sabah ini mendakwa dicerai suami ketika masih dalam pantang dipercayai kerana menegur buku temu janji klinik anak yang koyak.

IKLAN
Cerai
Foto Sinar Harian

Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.

Katanya lagi, mereka tidak mempunyai banyak masalah selama empat tahun berkahwin.

Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19 – katanya.

Perpisahan menyebabkan wanita ini tertekan bagaimana untuk membesarkan tiga orang anak sendirian. Tambahan pula, sebelum ini dia bergantung sepenuhnya kepada suami termasuk bayaran rumah sewa dan utiliti.

Dicerai
Foto Kosmo

Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa, berkata kepada Sinar Harian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang melihat sendiri keadaan keluarga itu dengan lebih dekat. Beliau mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban yang ditanggungnya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas