Connect with us

Oh! Media

Wanita Bersalin Di Stesen LRT, Pekerja Rapid KL Jadi Bidan

Trending

Wanita Bersalin Di Stesen LRT, Pekerja Rapid KL Jadi Bidan

Macam tak percaya, tapi tu lah yang terjadi di Stesen LRT Puchong Prima semalam. Tanpa disangka-sangka, seorang ibu tiba-tiba rasa nak bersalin di stesen berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

ADVERTISEMENT

Nasib baik ada beberapa orang pekerja Rapid KL sedang berehat di kawasan tersebut. Kalau nak tahu, diorang lah yang jadi ‘bidan terjun’ dan bantu ibu ni bersalin. Salah seorang daripada mereka, Shahira Nurdiyana Rauf menceritakan yang dia terdengar rakan setugasnya minta bantuan kerana wanita tersebut sakit perut dan ada tanda nak bersalin.

“Melihat keadaan wanita itu, saya dengan dibantu oleh penyelia pembersihan membawa wanita terbabit ke bilik rawatan di stesen itu. Wanita itu selamat melahirkan bayi lelaki sebelum kami memanggil pasukan perubatan.” – katanya.

Menurut Shahira, dia berjaya kawal keadaan tersebut kerana sudah ada pengalaman melahirkan dua orang anak sebelum ni. Bahkan, dia pun baru sahaja mulakan kerja selepas cuti berpantang anak keduanya. Jadi, mestilah Shahira faham sangat keadaan wanita tersebut sewaktu nak bersalin dan cuba membantu.

Tindakan mereka juga dah pun mendapat perhatian dan penghargaan dari pengurusan Prasarana. Mereka telah menerima sedikit cenderahati dari syarikat sebagai tanda terima kasih.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas