Connect with us

Oh! Media

Wan Raja Beritahu Isteri Jika Ada Babak Romantik, Elak Salah Faham

Wan Raja

Oh! Artis

Wan Raja Beritahu Isteri Jika Ada Babak Romantik, Elak Salah Faham

Isu hangat tentang hubungan yang terjalin di set penggambaran telah menimbulkan kerisauan di kalangan artis. Pelakon dan juga suami kepada Yaya Maembong, Wan Raja berkata isterinya tak ada masalah jika dia bergandingan bersama Fasha Sandha. 

BACA: Bella Nekad Bercerai Kerana Sudah Beri Peluang

Menurut laporan Astro Gempak, dia pernah bekerjasama dengan Fasha Sandha lebih tiga kali yang membuat mereka ada keserasian dan rapat namun tiada isu orang ketiga dalam perkahwinan. 

IKLAN
Fasha dan wan raja

Pelakon tersebut akui pernah berjumpa Fasha dan suaminya di luar set penggambaran bersama isterinya yang membuatkan meraka saling mengenali. 

Beritahu isteri jika ada babak romantik 

Wan Raja berkata dia bukan jenis bina chemistry di luar set penggambaran dan sentiasa beritahu isteri jika ada babak romantik dalam penggambaran. 

Pelakon tersebut memberitahu dia mempunyai cara yang tersendiri dalam mencari keserasian dalam lakonan bersama pasangan gandingannya. 

Saya bukanlah kena minta kebenaran isteri dahulu, Saya juga tidak memilih tapi bila baca skrip dan banyak babak romantik saya akan kongsi dengan isteri.

Saya jenis straight to the point semasa kerja apa yang saya perlu buat, saya akan buat.

Wan Raja menyatakan tujuannya beritahu isteri adalah untuk menghormati hubungan antara suami isteri dan bukannya meminta kebenaran. 

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas