Connect with us

Oh! Media

Wakil Pengurusan Pilih Berdiam Diri, Enggan Komen Dakwaan Melibatkan Mia Sara

Ohmedia puteri Balqis Mia Sara Gaduh

Oh! Artis

Wakil Pengurusan Pilih Berdiam Diri, Enggan Komen Dakwaan Melibatkan Mia Sara

Mia Sara didakwa pernah malukan ibu Puteri Balqis, wakil pengurusan ambil keputusan untuk tidak beri komen.

Kecoh di media sosial sekarang ini selepas aktres Puteri Balqis membuat dakwaan mengejutkan mengenai pelakon Mia Sara Nasuha.

BACA:  “Kau Comment Mak Aku Tak Didik Aku” – Puteri Balqis ‘Sound’ Mia Sara

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa Mia pernah menuduh ibunya tidak pandai mendidik anak.

IKLAN

Aqish juga mendakwa Mia Sara terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti clubbing dan minum arak.

Pihak pengurusan Mia Sara berdiam diri

Sehingga kini, Mia Sara tidak tampil dengan sebarang kenyataan membela diri. Harian Metro melaporkan, pihak pengurusan Mia Sara iaitu Xeno Entertainment juga memilih untuk tidak memberi sebarang komen.

Mia Sara

Mereka mengambil keputusan untuk berdiam diri dan menunggu masa yang sesuai sebelum memberi sebarang kenyataan rasmi.

Sebenarnya kami memutuskan untuk tidak mahu komen apa-apa buat masa sekarang. Tidak pasti ke tahap mana isu ini akan pergi dan mengeluarkan komen pun tidak membantu. Jika dan bila masa yang tepat sampai, serta selepas apa bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit.

Terdahulu, tular di Thread video dan gambar mendakwa mirip pelakon cilik ini. Netizen terkejut apabila gambar dan video tular tersebut menunjukkan keadaan sedang berseronok di kelab malam.

Pssttt! Kalau benar apa yang didakwa Puteri Balqis, ini bukanlah perkara kecil kerana ia melibatkan maruah keluarga. Namun tanpa kenyataan balas daripada Mia Sara, segalanya masih jadi tanda tanya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan matang demi menjaga nama baik kedua-dua pihak.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas