Connect with us

Oh! Media

“Viral Ni Bukan Saya Minta” – Respon Derrick Gan Lepas Ramai ‘Offer’ Nak Hadiahkan Motor Baru

derrick gan menangis

Trending

“Viral Ni Bukan Saya Minta” – Respon Derrick Gan Lepas Ramai ‘Offer’ Nak Hadiahkan Motor Baru

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ‘Abang Rambut Perang’ atau nama sebenarnya Derrick Gan menangis selepas pasukan Harimau Malaya menjaringkan gol ketika menentang Korea Selatan.

ADVERTISEMENT

Rupa-rupanya ada kisah menarik di sebalik ‘tangisan’ tersebut. Difahamkan, Derrick menjual motosikal mencari dana untuk terbang ke Qatar menyaksikan perlawanan itu.

BACA: Viral Penyokong Menangis Rai Gol Harimau Malaya, Rupanya Jual Motor Nak Ke Qatar

Terbaru, Oh! Media menerusi live di Instagram sempat menemubual Derrick bertanyakan mengenai rancangannya selepas ini.

derrick

Kata Derrick, setakat ini dia sudah menerima sebuah motosikal iaitu motosikal jenis skuter model Karisma daripada Modenas.

Ianya hadiah daripada syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama stesen radio, Era.

Difahamkan, penyokong setia ini akan menerima dua buah lagi motosikal dalam masa terdekat. Untuk itu, Derrick merancang untuk menjual motosikal yang diterima dan duit akan digunakan untuk menderma kepada golongan memerlukan.

Namun, Derrick akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Kita tunggu jelah ya? Dalam pada masa yang sama, dia hanya mahu ‘go with the flow’ memandangkan dia tak minta pun untuk viral.

It’s not about me. Yang viral-viral ni pun bukan saya minta, bukan saya nak. Dah jadi pun, so kita go with the flow jelah.

Jelasnya lagi, jika motosikal dijual, dia yakin duit boleh digunakan untuk membantu lebih ramai lagi orang yang tidak berkemampuan.

Kredit: Facebook Oh! Media

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas