Connect with us

Oh! Media

Viral Foto Myvi Hitam Di Traffic Light, Lelaki Jelaskan Situasi Sebenar

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 24t165931392

Trending

Viral Foto Myvi Hitam Di Traffic Light, Lelaki Jelaskan Situasi Sebenar

Sebagai pengguna media sosial, seseorang hendaklah berhati-hati dalam memuat naik perkongsian yang tidak sahih. Ini untuk mengelakkan fitnah dan tuduhan yang boleh menjatuhkan air muka orang lain.

BACA: Tular Kejadian Wanita ‘Terjun’ Kereta, Pemandu Myvi Dedah Kisah Sebenar

Seperti perkongsian lelaki ini, dia memohon maaf seikhlas hati kerana telah menimbulkan salah faham orang ramai terhadap pemandu dan penumpang Perodua Myvi yang tular.

IKLAN

Jelasnya, dia telah berhubung sendiri dengan individu terlibat dan situasi sebenar telah diperjelaskan.

Berkaitan dengan isu gambar Myvi hitam yang terviral tanpa sengaja tengah hari tadi. Ada berlaku sedikit salah faham berkaitan situasi yang terlihat di dalam kereta. Saya telah berhubung dengan Amin Amirul berkenaan hal tersebut. Beliau telah menerangkan kepada saya hal sebenar yang berlaku di dalam kereta tu. Beliau berkata wanita itu tunduk untuk mengambil barang jatuh.

Lelaki ini mengaku bersalah kerana telah memuat naik status dan gambar sehingga menjadi viral. Dia juga telah membuat perbincangan lanjut dan memohon sejuta kemaafan di atas ketelanjurannya.

Di harap tiada lagi pihak yang berfikir bukan-bukan serta mengecam beliau dan cuba menviralkan pekara tersebut.

Mereka berdua juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang terus menerus menularkan foto. Dia berharap orang ramai yang telah berkongsi status supaya memadamnya.

Di akhir hantaran dia sekali lagi memohon maaf dan menjelaskan salah faham telah diselesaikan.

Perkongsian penuh di sini:

Kredit: Facebook Shahzuwan Emilia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas