Connect with us

Oh! Media

Trending

Viral Foto Banduan Cuci Kereta, Jabatan Penjara Malaysia Beri Penjelasan

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pegawai penjara memuat naik foto keretanya sedang dibasuh seorang banduan.

Bersama hantaran itu, pegawai penjara berkenaan menyertakan kapsyen ringkas, “banduan boleh basuh, buat apa basuh sendiri”.

IKLAN

BACA: Guna Banduan Basuh Kereta, Pegawai Penjara Dikecam

Hantaran yang dibuat itu telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang mendakwa keterangan yang ditulis di gambar FB bersifat penghinaan.

Terbaru, Jabatan Penjara Malaysia menerusi Facebook rasminya memberi penjelasan lanjut untuk mengelakkan salah faham masyarakat.

banduan

Menurutnya, perkhidmatan mencuci kenderaan adalah dibuka kepada orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan itu dengan kadar harga bayaran berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.

Kedua, penghuni penjara yang terlibat telah dilatih dan diberi kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

Ketiga, setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan.

Program BKLP membabitkan banduan yang sudah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

Jelas Jabatan Penjara lagi, kebanyakan institusi ada menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan. Masyarakat atau komuniti setempat yang ingin menggunakan khidmat ini dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.

Siaran media:

Kredit: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas