Connect with us

Oh! Media

Guna Banduan Basuh Kereta, Pegawai Penjara Dikecam

Trending

Guna Banduan Basuh Kereta, Pegawai Penjara Dikecam

Sebagai seorang penjawat awam, seseorang hendaklah menjaga nama baik jawatan yang disandang. Lebih-lebih lagi apabila seseorang merupakan anggota beruniform.

ADVERTISEMENT

Sebarang tingkah laku yang tidak baik secara tidak langsung boleh mencemarkan nama organisasi.

BACA: Patut Atau Tidak Pegawai Beruniform Jadikan Orang Kena Tuduh Sebagai Content TikTok?

Seperti yang viral di media sosial hari ini, seorang pegawai penjara dikritik selepas menyiarkan gambar dalam Facebook mengenai seorang banduan mencuci kereta miliknya.

Menerusi hantaran itu, dia menyertakan kapsyen, “banduan boleh basuh, buat apa basuh sendiri”.

banduan

Hantaran itu ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang pengguna laman sosial.

Pengguna Twitter @afif_alias yang menciap semula hantaran di Twitter mempertikai sikap sesetengah penjawat awam yang merendah-rendahkan orang lain.

Kadang-kadang aku tak faham yang kerja kerajaan ni. Bahasa diaorang. Hmm. Sedih tengok pakai baju punya smart. Tapi otak tak berapa….

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat yang serupa. Mereka kecewa dengan sikap pegawai yang seolah-olah tidak mempunyai etika ketika bekerja.

Kredit: Twitter @afis_alias

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas