Connect with us

Oh! Media

‘Viral’ Curi Duit Tuan Rumah Semasa Beraya, 9 Orang Budak Baju Merah Minta Maaf

9 orang

Trending

‘Viral’ Curi Duit Tuan Rumah Semasa Beraya, 9 Orang Budak Baju Merah Minta Maaf

Sebelum ini, viral di Twitter @MalaysiaVirall di mana ada 9 orang budak-budak berbaju merah yang datang beraya telah selongkar beg tetamu dan mengambil duit tuan rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Tukang Bersih Dimarahi Kotorkan Baju Raya Pelanggan, Saksi Kejadian Hulur Wang Tanda Simpati

Menerusi tweet di Twitter Malaysia Virall, budak-budak berbaju merah itu tinggal di Bukit Changgang dan telah datang beraya menaiki kereta yang dipandu oleh emak saudaranya.

Jumpa sampul duit raya dekat bilik air

Kisahnya bermula apabila tuan rumah sedang sibuk menyediakan air untuk tetamu, dan budak-budak tersebut telah menyelongkar beg para tetamu yang turut beraya di rumah tersebut.

Kejadian itu diketahui apabila tuan rumah jumpa sampul duit raya yang hilang di dalam bilik air. Semua duit dalam sampul tu telah dicuri oleh budak-budak berbaju merah itu.

Minta maaf selepas viral

9 orang

Selepas tuan rumah menularkan tentang kejadian tersebut kepada orang ramai di laman Facebook, budak-budak tersebut telah datang semula ke rumah mereka dan meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.

Mereka mengaku bersalah telah mencuri duit raya itu dan meminta tuan rumah untuk padam posting yang di muat naik di Facebook.

Semasa budak-budak ini datang ke rumah, tuan rumah telah membuat live di Facebook untuk memberitahu orang ramai bahawa mereka telah meminta maaf dan mahu membetulkan keadaan.

Tuan rumah memberitahu tujuannya membuat live tersebut untuk membetulkan keadaan agar orang ramai tidak salah faham akan situasi yang berlaku.

Anak buah sukar dikawal

Dalam video live tersebut, ibu saudara kepada budak-budak tersebut telah mendedahkan sikap sebenar anak buahnya yang memang degil.

Walaupun sudah ditegur banyak kali, tapi ada seorang anak saudaranya itu memang tak dengar kata dan susah untuk dikawal.

Ibu saudaranya menyatakan rasa malu dan hampir menghalau anak saudaranya itu tetapi tak sanggup melihat keadaan mereka.

Namun, semuanya telah selesai dan tuan rumah tersebut menyatakan kes itu telah pun selesai dan mengatakan bahawa dia tidak mahu sebarang pemulangan wang, walaupun ahli keluarga budak-budak berbaju merah itu mahu mengganti semula wang yang diambil.

Tuan rumah hanya berharap kejadian ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain.

Semoga keluarga kita dilindungi daripada melakukan perkara sebegini.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas