Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Simbah Air Pada Rider Dan Guard, Berang Makanan Tak Dihantar Depan Pintu?

Berang

Trending

(Video) Wanita Simbah Air Pada Rider Dan Guard, Berang Makanan Tak Dihantar Depan Pintu?

Di Facebook, tular rakaman video memaparkan seorang wanita mengamuk kepada pengawal keselamatan dan penghantar makanan dipercayai kerana pesanan makanannya tidak dapat dihantar di hadapan pintu rumah.

BACA: Viral Rider Hempas Makanan Ke Lantai, Lelaki Ini Beri Teguran Buat Customer

Tindakan yang dianggap melampaui batas itu telah dirakam seorang individu yang kebetulan melalui kawasan lobi residensi itu.

IKLAN

Setakat ini, perkongsian telah meraih lebih 2,000 shares dan 800 komen.

Video berdurasi 21 saat itu dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Michael Cheang. Dalam rakaman itu, seorang wanita memakai t-shirt putih dikatakan sedang memarahi pengawal keselamatan dan penghantar makanan.

Sebelum beredar, dia secara tiba-tiba menyimbah air boba yang ditempah menerusi perkhidmatan penghantaran makanan atas talian.

Menurut sumber, wanita itu berasa marah apabila pesanannya tidak dapat dihantar di hadapan pintu rumah kerana peraturan residensi yang telah ditetapkan.

Saya ingin memberi penghormatan kepada pengawal keselamatan M-Forces Security. Meskipun berdepan pelanggan angkuh dan garang, mereka tetap menunjukkan sisi profesional apabila kekal tenang dan tegas dalam menjalankan amanah.

Difahamkan insiden itu berlaku pada jam 8 malam dan pelanggan wanita dari China itu berkeras mahu penghantar makanan menghantar pesanannya di pintu rumah, namun pengawal keselamatan disitu tidak membenarkannya.

Kredit: Facebook Michael Cheang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas