Connect with us

Oh! Media

Viral Rider Hempas Makanan Ke Lantai, Lelaki Ini Beri Teguran Buat Customer

Trending

Viral Rider Hempas Makanan Ke Lantai, Lelaki Ini Beri Teguran Buat Customer

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Selain perlu berpanas dan berhujan, seorang rider turut berhadapan dengan pelbagai situasi melibatkan pelanggan, vendor makanan dan pihak pengurusan kediaman.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Cepat-Cepat Masuk Rumah Ambil Kasut, Cara Lelaki Ini Hargai Rider Dipuji

Seperti video viral di TikTok ini, seorang rider dilihat menghempas makanan ke lantai sehingga pecah dipercayai kerana berlaku salah faham.

Tindakannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang mempertikaikan mengapa seorang rider tidak menghantar makanan sehingga ke pintu rumah.

Menjawab kepada isu tersebut, seorang lelaki yang mempunyai pengalaman sebagai penghantar makanan dan pengawal keselamatan kediaman membuat sedikit teguran kepada pelanggan.

@khuzaimie_lemat1.0

Sekadar teguran buat customer yang di kasihi,Rider ada salah dan Customer pun ada salah. ##foryoupage ##fypシ ##fyp ##foodpanda ##viral

♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA

Jelasnya, pelanggan yang tinggal di kondominium, apartment atau rumah yang mempunyai ‘guard house’ harus sedar mengenai syarat yang dikenakan pihak pengurusan kediaman masing-masing.

Ada yang membenarkan rider masuk, ada juga yang mengehadkan rider sehingga ke pondok pengawal sahaja. Untuk kes seperti itu, pelanggan hendaklah bertimbang rasa untuk turun mengambil makanan sendiri.

Ianya adalah mustahil untuk rider berbalah dengan pengawal keselamatan semata-mata untuk menghantar makanan yang dipesan.

rider hempas makanan

Sebagai teguran, lelaki ini menasihati pelanggan untuk saling memudahkan urusan. Iyalah, rider bukan saja-saja tak mahu hantar.

Apa-apa pun diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: TikTok @khuzaimie_lemat1.0

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas