Oh! Artis
(Video) Ramai Terkejut Lihat Squid Game Versi Sofyank Kerana Lebih Seram Dan Mendebarkan
Memang ini yang kami nanti-nantikan! Ohmedia rasa mesti ramai juga yang menantikan video parodi dari Sofyank selepas siri Squid Game di Netflix menjadi trending. Lepas tengok ramai buat video parodi, akhirnya Sofyank yang cukup terkenal dengan karya video editing yang hebat telah keluarkan video parodi Squid Game.
Squid Game versi Sofyank ini turut mengambil babak permainan Green Light, Red Light tapi versi Sofyank lebih seram rasanya, haha. Sofyank melakukan video parodi ini bersama rakan-rakannya dan korang tengoklah sendiri apa yang jadi lepas tu.
Idea parodi Sofyank memang segar betul sebab memang tak sangka pula kita yang tonton siri Squid Game dekat Netflix boleh terjebak sekali dalam permainan. Seram pula! Sofyank bagaimanapun turut menyatakan dia akan melakukan video parodi Squid Game episod 2 jika mendapat 1,000 komen ‘nak’.
Rata-rata netizen cukup terhibur dengan perkongsian Sofyank ini dan amat kagum dengan gaya penghasilan video terbabit.

Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM