Connect with us

Oh! Media

Video Putera YDPA Buat ‘Part Time’ Bantu Peniaga Nasi Lemak, Tarik Perhatian Netizen

Tengku Hassanal

Trending

Video Putera YDPA Buat ‘Part Time’ Bantu Peniaga Nasi Lemak, Tarik Perhatian Netizen

Sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, sporting serta berjiwa rakyat, semua sedia maklum tentang sikap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap rakyat.

Seolah-olah sudah mengalir dalam darah keturunan baginda, sifat tersebut turut diikuti oleh putera baginda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah. Dalam posting baginda di Instagram, Tengku Hassanal telah mencemar duli dan bantu seorang peniaga nasi lemak di Kota SAS, Kuantan, Pahang.

Photo6237867474460715773
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO

Dengan caption ‘Part Time’, dalam video tersebut menunjukkan baginda sedang melayan pelanggan sambil belajar cara untuk bungkus nasi lemak. Kalau korang tengok video tu, nampak comel sangat Tengku Hassanal belajar bungkus. Siap sebut “getah?” dan “saya belajar menjual nasi lemak harini”.

IKLAN

Rata-rata netizen memuji sikap Tengku Hassanal yang mesra dengan rakyat dan tak kekok nak bergaul bersama. Untung sangat rakyat Pahang ya. Bahkan, ada juga yang jealous dengan akak kedai sebab dapat berdiri dekat dengan Tengku Hassanal. Amboi!

Photo6237867474460715770
Photo6237867474460715768
Photo6237867474460715771
Photo6237867474460715769

Kalau terus macam ni, bertambah sayanglah rakyat dengan baginda dan keluarga. Sikap macam ni bukannya boleh diamalkan kerabat diraja je, tapi kalau korang sebagai leader pun, kena sentiasa rapat dan mesra dengan orang bawah korang. Barulah hubungan sesama korang jadi lagi ngam. Kalau asyik bawak perangai boss je, hm ramailah yang tak suka.

Kredit: Instagram Tengku Hassanal

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas