Connect with us

Oh! Media

(Video) Netizen Puji Dua Pemandu Wanita Siap Selfie Selesai Isu Kemalangan Cara Baik

ohmedia kemalangan

Trending

(Video) Netizen Puji Dua Pemandu Wanita Siap Selfie Selesai Isu Kemalangan Cara Baik

Ini barulah betul, benda boleh selesai cara baik tak perlu nak buka langkah silat atau apa-apa. Bila berlaku kemalangan melibatkan kecuaian pemandu lain, orang kita biasanya akan cepat marah dan akhirnya menggunakan kekerasan. Cara itu tak dapat selesaikan masalah pun gais!

BACA: Pemandu Van Dibelasah Seorang Lelaki Sehingga Terbaring Dengan ‘Buah Silat’

Bagaimanapun, video kemalangan melibatkan dua pemandu wanita yang tersebar baru-baru ini bolehlah kita jadikan satu contoh yang baik. Ini apabila mereka dapat menyelesaikan kemalangan yang berlaku tanpa sebarang pertengkaran dan berjaya diselesaikan dengan cara baik.

IKLAN

Berdasarkan maklumat perakam, kemalangan ini berlaku selepas dia yang memandu kereta tidak sengaja melanggar kereta dihadapan. Pemandu wanita yang melanggar kereta depan terus keluar dengan perasaan takut dan bimbang dimarahi pemilik kereta tersebut.

Sebaliknya berlaku apabila pemilik kereta yang dilanggar yang juga merupakan seorang wanita, langsung tidak marah dan menyatakan usah bimbang kerana ia hanya perkara kecil.

Menariknya, pemandu itu turut mengajak pemilik rakaman video untuk mengambil gambar bersama. Mereka kemudian beredar dari tempat kejadian.

Diharapkan agar kita juga dapat melakukan perkara sama untuk kekal tenang dalam apa jua situasi. Cuba selesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang baik.

@_shuhadamohamad “This is why maintenance is very important. Not just with cars, but with everything in life.” #accidentally #lessonlearned ♬ Sad songs of piano and strings – hidekazu

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas