Connect with us

Oh! Media

(Video) Kes Curi Lembu, Penduduk Bakar Kenderaan Didakwa Milik Si Pelaku

Penuduk bakar kereta selepas didakwa mencuri lembu

Trending

(Video) Kes Curi Lembu, Penduduk Bakar Kenderaan Didakwa Milik Si Pelaku

Tular di media sosial, sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey diterbalikkan dan dibakar selepas kenderaan tersebut dipercayai digunakan si pelaku untuk mencuri beberapa ekor lembu.

ADVERTISEMENT

Difahamkan kejadian itu berlaku di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu.

BACA: Guru Sedar Ditipu Macau Scam Lepas Hampir Setahun, Duit Lebih RM250,000 ‘Lesap’

Beberapa ekor lembu ditemukan

@malaysianupdatenews Honda Odyssey dibakar kes curi lembu.😳 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Menerusi perkongsian video itu di TikTok, dapat dilihat beberapa ekor lembu ditemukan dan diletakkan di sebelah kenderaan yang sedang terbakar itu.

Setelah berjaya ditangkap, penduduk yang berang dengan tindakan si pelaku itu bertindak menterbalikkan serta membakar kenderaan jenis MPV berkenaan.

Respon netizen

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan penduduk kampung yang bertindak membakar kenderaan. Malah ada juga yang menggunakan kesempatan ini mengecam pemilik lembu yang bertindak sambalewa meninggalkan haiwan ternakan mereka sehingga menyebabkan kemalangan.

Sebaiknya perkara seperti ini hendaklah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Janganlah kita bertindak melulu sehingga boleh menyebabkan mudarat pada diri sendiri. Semoga isu ini dapat segera diselesaikan.

Kredit: TikTok malaysianupdatenews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas