Connect with us

Oh! Media

(Video) Kena Ragut, Wanita Bawa Lari Motosikal Perompak

perompak

Trending

(Video) Kena Ragut, Wanita Bawa Lari Motosikal Perompak

Tular di media sosial apabila sebuah video memperlihatkan seorang wanita di Indonesia larikan sebuah motosikal milik perompak yang meragut beg tangannya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Gigit Telinga Saya” – Lelaki Digelar Hero, Sanggup Rempuh Peragut Beg Tangan Isterinya

Sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram @memomedsos, kelihatan seorang wanita yang dikenali sebagai Syania telah diragut oleh dua orang lelaki semasa tengah berjalan menuju ke pejabatnya.

Melarikan motosikal dua perompak tersebut

Video: Memomedsos

Berdasarkan video yang dikongsikan, ketika Syania sedang asyik berjalan menuju ke pejabat, tiba-tiba ada dua orang lelaki menaiki motosikal telah berhenti di tepi jalan dan salah seorang daripadanya meragut beg tangan berwarna hitam milik Syania.

Syania cuba untuk tidak melepaskan beg tangannya itu, namun dia tidak berjaya apabila seorang lagi perompak turut turun dari motor dan membantu rakannya.

Syania kemudian lari ke arah motosikal dua perompak itu dan melarikan motosikal yang ditinggalkan itu. Perompak tersebut kelihatan resah selepas melihat motosikal yang ditunggang mereka dibawa lari.

Namun, ada yang mengatakan itu hanyalah ‘prank’ semata-mata dan ada juga yang percaya bahawa itu adalah situasi benar, tidak direka-reka.

Apa-apa pun, tindakan wanita itu memang patut dipuji. Kalau lah betul situasi itu tidak direka, wanita tersebut boleh dikategorikan sebagai wanita yang sangat berani, haha. Semoga orang ramai boleh mengambil situasi ini sebagai contoh, biar padan muka perompak di luar sana.

Kredit: Memomedsos

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas