
Trending
Video Fazura Dilihat Berpakaian ‘Sendat’ Dan Tudung Singkat Undang Kritikan Netizen
Fazura ditegur netizen gara-gara berpakaian ketat dan tudung singkat.
Terdapat satu video yang dimuat naik oleh fan account pelakon terkenal, Fazura di Instagram baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Fazura kelihatan anggun mengenakan pakaian rona hitam lengkap bertudung kelabu.
Penampilan ditegur gara-gara ‘sendat’?
Walau bagaimanapun, penampilan tersebut juga turut mengundang kritikan ramai apabila baju yang dipakai pelakon itu dikatakan terlalu ketat dan tidak melambangkan imej seorang muslimah.
Netizen minta Fazura labuhkan tudung

Antara yang menjadi isu utama ialah tudung yang dipakai tidak menutup bahagian dada dengan sempurna dan ditambah pula dengan pakaian yang dikatakan sendat.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 40,000 tontonan di Instagram, menunjukkan betapa pantasnya reaksi netizen terhadap penampilan selebriti.
