Connect with us

Oh! Media

Keberkesanan Vaksin Pfizer Rendah Buat Individu Obes? Ini Sebab Patut Kita ‘Take Note‘

2e64a820 b265 45ea b8ea b8711551a8fa

Trending

Keberkesanan Vaksin Pfizer Rendah Buat Individu Obes? Ini Sebab Patut Kita ‘Take Note‘

Pada Ahad lalu, negara kita Malaysia telah pun menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos dan ianya juga bakal diagihkan kepada rakyat mengikut beberapa fasa yang telah ditetapkan.

Selain daripada Perdana Menteri, segelintir daripada rakyat Malaysia juga sudah dilaporkan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech ini bagi fasa yang pertama.

Namun, mengikut info yang telah dinyatakan oleh para penyelidik baru-baru ini, mereka telah mendakwa bahawa vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 mungkin akan kurang berkesan kepada individu yang ada mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

IKLAN

Menerusi laporan yang dipetik dari Mirror.co.uk, para saintis di Itali juga ada memberitahu tentang hasil penyelidikan mereka yang telah menunjukkan bahawa individu obes yang memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 30 ke atas, memerlukan kuantiti dos vaksin tambahan.

Mereka juga mendakwa, bagi petugas perubatan yang mengalami obesiti dan turut menerima suntikan vaksin, antibodi yang akan terhasil setelah menerima suntikan untuk kali dua hanya akan terhasil secara separuh berbanding mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat, ini kerana antibodi mereka dipercayai lebih kuat untuk bantu melawan virus Covid-19 berbanding individu obes.

Walaupun ianya dikatakan masih terlalu awal untuk mengetahui keberkesanan vaksin, tetapi ia telah menunjukkan bahawa orang obesiti sememangnya memerlukan dos tambahan untuk memastikan mereka terlindung daripada Covid-19.

Penyelidik juga telah mengatakan bahawa perkara ini terjadi kerana individu obesiti dikatakan lebih terdedah untuk mendapat penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, malahan lemak berlebihan juga akan menyebabkan perubahan metabolisme sekali gus ini juga akan menyukarkan badan untuk melawan jangkitan.

Sementara itu, menurut laporan The Guardian pula, di Rom, seramai 248 petugas kesihatan telah pun menerima suntikan dos vaksin Pfizer buat kali yang kedua di Istituti Fisioterapici Ospitalieri.

Tujuh hari selepas menerima dos yang kedua, 99.5 peratus daripada mereka telah mengalami tindak balas antibodi, tindak balas juga ternyata lebih besar kepada individu yang mempunyai BMI normal namun, tindak balas yang tidak jelas pula dikatakan telah diperoleh daripada mereka yang memiliki berat badan berlebihan.

Aldo Venuti dari Istituti Fisioterapici Ospitalieri juga berkata, ini kerana individu obes lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19 dan obesiti juga turut mencatatkan rekod kematian tertinggi, selain itu dia juga meminta kerajaan untuk merancang program yang lebih efisien bagi menangani masalah ini.

Kredit: Mirror.co.uk

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas