Connect with us

Oh! Media

Ustazah Asma’ Terkilan Ada Netizen ‘Sinis’ Dengan Situasi Solat Atas Batu

Trending

Ustazah Asma’ Terkilan Ada Netizen ‘Sinis’ Dengan Situasi Solat Atas Batu

Baru-baru ini tular foto menunjukkan sekumpulan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) solat di atas batu berjeram di Yan, Kedah. Foto tular menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang mempertikaikan solat yang dilaksanakan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dosa Sedang Dihalalkan Atas Nama Gurauan” – Ustazah Asma’

Tampil menjelaskan situasi, Ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsian di Facebook meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang memberi pandangan sinis dengan situasi tersebut. Malah, ada yang tergamak menuduh anggota JAM sebagai penunggang agama.

solat atas batu

Ujar Ustazah Asma’, pertama kali melihat gambar tersebut dia berasa sangat sebak mengenangkan anggota yang berusaha solat berjemaah dalam suasana hutan tebal di kiri dan kanan. Malah, di situ tiada kawasan lapang atau tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi.

Jelas Ustazah Asma’ lagi, kerja yang sedang dilakukan anggota ini agak bahaya dan merisikokan nyawa. Sudah tentulah, kewajipan solat dilakukan dengan segera agar lebih tenang dan bersedia. Beliau percaya anggota yang terlibat tiada niat untuk menunjuk, riak mahupun mencari publisiti.

solat atas batu

Kata beliau, pihak NGO Sahabat Amal Care turut terlibat secara langsung dalam misi bantuan waqaf paip di Kedah kali ini. Pihaknya menyaksikan sendiri bagaimana sukarnya perjalanan untuk sampai ke kawasan tepat di atas bukit yang memakan masa berjam-jam berjalan kaki.

bantuan banjir kedah

Berikutan tragedi kepala air yang berlaku dalam musibah banjir, beberapa perkampungan di sekitar kaki Gunung Jerai, telah terputus bekalan air berikutan paip utama pecah, jangka waktu baik pulih memang memakan masa, sedangkan mereka perlu mendapatkan bekalan air bukan hanya untuk keperluan harian, tapi untuk membersihkan lumpur tebal, jika tidak segera maka akan mengeras dan proses membersih berkali ganda sukar.

Menurutnya, keseluruhan sistem perpaipan di kawasan itu telah rosak dan hanyut dibawa arus banjir. Jadi. para petugas disusun membawa naik dan menarik paip PVC ke sumber air bersih di puncak bukit. Mereka bukan memasang saluran paip untuk satu kampung sahaja malah melibatkan banyak kawasan lain.

Lebih mencabar apabila cuaca di situ hujan lebat menyebabkan jalan untuk menaiki bukit menjadi licin dan lecak. Perjalanan menjadi lebih sukar apabila ada pokok-pokok dan batu besar.

Selama empat hari di sana, Ustazah Asma’ melihat sendiri bagaimana anggota ini bekerja dan beramal. Ujarnya, solat jemaah di awal waktu memang menjadi keutamaan mereka.

Malah, Ustazah Asma’ turut merakam penghargaan kepada para pemimpin tempatan yang turun padang membantu rakyat dalam kesusahan.

Setibanya mereka ke sana, banyak bahagian rumah sudah dibaik pulih. Ustazah Asma’ kagum dengan kerjasama yang ditunjukkan penduduk menyampaikan bantuan tidak kira peringkat umur.

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas