Trending
Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Jika Kerja Amalnya Kurang Disenangi Sesetengah Pihak
Oleh
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2020/03/ohmedia_lew_1.png)
Siapa saja tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah mualaf yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya ketika menyampaikan dakwah. Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat beliau kerap melakukan kerja-kerja amal, contohnya memberi penghawa dingin dan sut pelindungan diri kepada frontliner-frontliner kita dalam menangani wabak COVID-19 yang semakin memburuk.
Kerja-kerja amal berkenaan dikongsikan oleh beliau dilaman sosial miliknya. Dapat dilihat terutamanya doktor-doktor dan nurse-nurse begitu teruja dan sangat berterima kasih atas bantuan yang diberikan. Para netizen juga menyokong kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Namun segala kerja amal yang dilakukan kurang disenangi sesetengah pihak kerana dilihat tidak ikhlas atas sebab menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan.
Meskipun dituduh sedemikian, beliau mengambil inisiatif untuk mengendahkan dan meneruskan kerja-kerja amal berkenaan. Beliau turut menambah akan bersemuka dengan mereka-mereka yang menuduhnya. Beliau menyedari bahawa masih belajar dan mendalami Islam dan memohon kepada Allah agar memaafkan dirinya dan sentiasa diberi kepadanya sifat ikhlas.
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2020/03/ohmedia_lew_2.png)
Yang jelas, tindakan Ustaz Ebit Lew bukan sahaja mengundang reaksi positif dari kalangan kita orang Islam, bahkan ia turut mengundang reaksi yang sama dari masyarakat bukan Islam.
OHMEDIA: BUKAN TUGAS KITA NAK TENTUKAN KEIHKLASAN ATAS KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SESEORANG. YANG PENTING BELIAU SUDAH MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI ORANG ISLAM.
Sumber: Sinar Harian
Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/02/logo-om-khaiwashere.png)