Connect with us

Oh! Media

Universiti Malaya Mohon Maaf Hantaran Persenda ‘Kelantan’

Universiti Malaya

Trending

Universiti Malaya Mohon Maaf Hantaran Persenda ‘Kelantan’

Universiti sepatutnya menjadi contoh dalam memupuk nilai hormat-menghormati.

Sebelum ini tular di media sosial terutama platform Threads, akaun rasmi Universiti Malaya (UM) memuat naik hantaran yang didakwa mempersendakan orang dari negeri Kelantan.

BACA: Individu Mohon UITM Siasat Mesej Tular “Kempen Tangkap Orang Kelantan”

Ramai menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak sensitif dan berunsur prejudis, apatah lagi menggunakan akaun institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi contoh dalam memupuk nilai hormat-menghormati dan pemikiran kritis dalam masyarakat.

IKLAN

UM akui kesilapan

Susulan kontroversi yang tercetus, pihak UM kemudiannya bertindak menurunkan hantaran berkenaan dan tampil memohon maaf secara terbuka. Pihak pentadbiran memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan sebarang salah faham berterusan.

 6312221630465248463 y
Kenyataan yang didakwa persenda orang Kelantan dari Universiti Malaya

Pihak pentadbiran (admin) UM memohon maaf sendiri atas sebarang ketidakselesaan yang berlaku serta menghargai maklum balas diberikan oleh orang ramai.

UM turut memberi jaminan akan lebih berhati-hati dalam mengendalikan kandungan media sosial mereka pada masa akan datang.

 6312186892769758860 y

Pssttt! Bila mengendalikan akaun rasmi institusi, setiap hantaran perlu diteliti dengan lebih sensitif kerana ia membawa imej dan reputasi organisasi secara keseluruhan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas