Connect with us

Oh! Media

Umrah Mungkin Ditangguhkan Jika Penularan Omicron Semakin Meningkat?

Article 6 28 12

Trending

Umrah Mungkin Ditangguhkan Jika Penularan Omicron Semakin Meningkat?

Sebelum ini, ada individu yang pulang dari Arab Saudi disahkan positif Covid-19 varian Omicron. Kerajaan difahamkan akan menggunakan langkah terakhir untuk menangguhkan ibadah umrah ke Makkah jika penularan varian Omicron di Arab Saudi semakin meningkat.

BACA: Ebit Lew Hadiah Tiket Dan Pakej Umrah Buat Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan

Menerusi laporan Kosmo, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kerajaan tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru dan kerajaan masih membenarkan ibadah umrah dijalankan seperti biasa.

IKLAN

Dipakaikan peranti digital untuk pemantauan

Omicron

Khairy Jamaluddin berkata, jemaah umrah yang pulang ke tanah air akan dipakaikan peranti digital bagi memudahkan pemantauan semasa menjalani kuarantin.

Jika situasi makin membimbangkan, kita mungkin akan meletakkan jemaah umrah yang baru pulang ke pusat kuarantin dan langkah terakhir mungkin menangguhkan ibadah umrah.

Kita masih memantau situasi penularan itu di Arab Saudi dan langkah-langkah kesihatan lain.

Pihak pelancongan umrah perlu memastikan setiap jemaah sudah mengambil dos penggalak sebelum pergi menunaikan ibadah umrah bagi meningkatkan imuniti badan.

Khairy juga menasihati jemaah umrah yang pulang ke Malaysia untuk melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

Semoga semua urusan bakal jemaah dipermudahkan dan semoga kes penularan Omicron tidak meningkat di Arab Saudi dan juga Malaysia. Semoga Allah melindungi kita semua dari virus ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas