Trending
Tun Mahathir Disahkan Retak Pinggul Kanan, Perlu Dirawat Untuk Tempoh Panjang
Tun Dr Mahathir terjatuh di rumah dan alami keretakan pinggul kanan. Kini dirawat di IJN dan dipantau rapi pasukan perubatan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, disahkan mengalami keretakan pada bahagian pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum beliau dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan sedar dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Pejabat Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusuf.
Tun Mahathir perlu dirawat beberapa minggu

Sufi Yusuf memaklumkan, hasil penilaian perubatan mendapati Dr. Mahathir mengalami kecederaan tersebut dan dijangka perlu dirawat serta dipantau di hospital untuk tempoh beberapa minggu.
Dr. Mahathir terjatuh kira-kira pukul 7.30 pagi di kediamannya sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan sedar.
Beliau seterusnya dimasukkan ke wad sekitar pukul 9.30 pagi.
Keadaan kesihatan dipantau rapi

Tambah beliau lagi, keadaan kesihatan Dr. Mahathir kini berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan, bagi memastikan rawatan lanjut dapat diberikan dengan sewajarnya.
Berita mengenai insiden ini pantas mendapat perhatian ramai, dengan orang ramai mendoakan agar Tun Mahathir segera diberikan kesembuhan.
Pssttt! Keselamatan di rumah, terutama bagi warga emas, jangan dipandang ringan. Pastikan persekitaran kediaman selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM