Connect with us

Oh! Media

Tular Wanita Dera Bayi, Polis Sahkan Suspek Sudah Ditahan 8 Disember Lalu

Cover Photo Om 1200 X 675 83

Trending

Tular Wanita Dera Bayi, Polis Sahkan Suspek Sudah Ditahan 8 Disember Lalu

Di media sosial hari ini, viral video memaparkan perbuatan kejam seorang wanita mendera beberapa orang kanak-kanak termasuk bayi.

BACA: Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, 2 Wanita Ditahan

Dalam video tersebur, wanita yang dipercayai pengasuh itu dilihat menampar muka serta menarik tangan bayi dengan kuat ketika sedang memakaikan baju.

IKLAN
Dera1aa
Foto Twitter Anne Faizuani

Terbaru, Kosmo! melaporkan wanita tersebut yang merupakan warga asing akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kejadian berlaku di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor pada 2 Disember lalu.

Pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita mendakwa suspek mendera empat kanak-kanak. Suspek kemudiannya ditahan pada 8 Disember lalu iaitu sehari selepas laporan diterima.

Jelas Soffian lagi, suspek direman selama enam hari dan ditahan di Penjara Seberang Perai di Jawi (Nibong Tebal). 

Dia dijangka dituduh selepas mendapat kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan kanak-kanak dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas