Connect with us

Oh! Media

Ucapan Hari Jadi Achey Buat Arwah Abam Bikin Sebak, Bergenang Air Mata!

Oh! Artis

Ucapan Hari Jadi Achey Buat Arwah Abam Bikin Sebak, Bergenang Air Mata!

Pemergian pelawak terkenal, Abam, secara mengejut pada Februari tahun lalu semestinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada sahabat baiknya iaitu Achey dan Fad. Bekerja di dalam satu kumpulan membuatkan hubungan mereka lebih erat melebihi hubungan adik beradik.

ADVERTISEMENT

Di Instagram, Achey mengundang rasa sedih orang ramai apabila memuat naik ucapan hari jadi buat arwah Abam.

Assalamualaikum. Selamat ulang tahun kelahiran bam. Moga kau terus aman kat sana.

Kitorang kat sini ada covid 19. Semua tengah langkah berjaga. Aku dengan Fad pun tak boleh nak jumpa sangat. Whatsapp je la. Kerja pun makin kurang sikit kena usaha ke bahagian-bahagian lain jugak la.

Tapi inshaaAllah doa untuk kau kami selitkan. Apa yang berlaku kat dunia ni ko jangan risau sangat la sebab kecoh macam mana sekali pun aku dengan Fad pasti sepastinya. Mereka SAYANG kat ko.

Kalau wabak covid19 ni takda bam. Aku rasa tiap-tiap hari peminat-peminat datang jenguk ‘rumah’ ko tapi aku rasa diorang sayang ko mesti diorang doakan punya. Tak kira la datang tak datang kan?

‘Rumah’ ko makin cantik. Aritu aku dengan Dad n Sya dapat laa singgah jap. Sebelum PKP balik. Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda mesti borak pasal ko.

Pastu gelak berdua mikirkan punchline-punchline yang kita buat tak jadi. Nak dikira berjuta dah kot punchline kita reka tak jadi untuk orang memang tak tau. Tapi kalau jumpa Fad itu laa seronok diborakkan.

Dah laa nanti orang kata aku gila pulak walaupun ini yang dirindukan, ingin dilakukan, ingin disampaikan. Syukur puas walau hanya bayangan fikiran.

@fadbocey ko mesti dapat bayang muka dia malu-malu bila kita bawak kek. Japppp KORANG YANG BACA NI DOAKAN DIA TAU!! Assalamualaikum
#bocey #kitabaikramaisayang

Menurut Achey, setiap kali bertemu mata dengan Fad, mereka akan mengenang memori manis dengan arwah sewaktu mencari idea baru untuk dipersembahkan.

Walaupun hanya mampu menulis di media sosial, Achey berasa puas kerana boleh meluahkan apa yang dirasa.

Di ruangan komen, para peminat turut meluahkan rasa rindu dengan arwah. Mereka terharu melihat hubungan baik sahabat susah dan senang seperti Bocey.

Kredit: Achey Bocey

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas