Trending
Tular Rakaman Kebakaran Besar, Rupanya Stesen Minyak Petronas Putra Heights Terbakar
Sebuah stesen minyak Petronas dilaporkan terbakar pagi ini dan menggemparkan penduduk sekitar Putra Heights dan Puchong.
Menurut laporan Kosmo, kebakaran itu menjadi tular di media sosial, dengan ramai berkongsi video api menjulang tinggi dan kesan hujan batu pasir serta debu akibat letupan tersebut.
Punca kebakaran?

Ada dakwaan menyatakan kebakaran berpunca daripada paip gas di stesen minyak berkenaan.
Bencana yg sedang berlaku. Kebakaran di Petronas Putra Heights. Habis seluruh Puchong dan Putra Heights kena hujan batu pasir debu. Bunyi api terbakar sangat kuat dan dahsyat.
Pengguna lain turut menyatakan bahang api dapat dirasai dari balkoni apartmen mereka.
Pasukan bomba bertindak

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan punca sebenar kebakaran. Namun, pasukan bomba dan penyelamat telah dikerahkan untuk mengawal api.
Penduduk dinasihatkan agar mengelak kawasan sekitar sehingga keadaan kembali selamat.
#ApaKataOhmedia
Dalam situasi kecemasan seperti ini, penting untuk sentiasa peka dengan persekitaran dan elakkan berada di kawasan berisiko. Jika anda berdekatan dengan lokasi kejadian, utamakan keselamatan dan patuhi arahan pihak berkuasa!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM