Connect with us

Oh! Media

Tular Lelaki Biadap Pukul Warga Emas Tanpa Belas Kasihan Akhirnya Dicekup!

Trending

Tular Lelaki Biadap Pukul Warga Emas Tanpa Belas Kasihan Akhirnya Dicekup!

Kecoh mengenai satu video tular di media sosial semalam yang menunjukkan seorang lelaki memukul seorang warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam, mendapat kecaman dari netizen.

ADVERTISEMENT

BACA : Netizen Selar Tindakan Lelaki Pukul Warga Emas Di Tengah Jalan

Menurut laporan Kosmo, lelaki tersebut telahpun dicekup polis selepas mangsa yang berusia 61 tahun itu membuat laporan polis semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.

Mangsa yang sewaktu itu dalam perjalanan menuju ke Putrajaya bersama isteri dan cucu ingin membelok ke kanan sebelum dimarahi suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

Sewaktu mangsa keluar dari kereta dan cuba memeriksa kenderaan, suspek terus menendang dada mangsa tanpa berbincang.

Suspek kemudian duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala bertubi-tubi hingga menyebabkan bengkak bawah mata serta kepala selain sakit di rusuk.

Pergh! Kurang ajar betul mamat ni kan? Suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas