Connect with us

Oh! Media

Tular ‘Hantu Cina’ Cucuk Vaksin, Alasan Lelaki Ini Buat Netizen Kagum

Trending

Tular ‘Hantu Cina’ Cucuk Vaksin, Alasan Lelaki Ini Buat Netizen Kagum

Bagai menjadi sebuah trend apabila terdapat individu yang menghadiri temu janji untuk mendapatkan suntikan mengenakan penampilan yang unik.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) ‘Puntianak’ Datang Ambil Vaksin?

Antaranya sebelum ini, ada yang memakai ala-ala pontianak, kostum dinasour, patung beruang dan sebagainya bagi menarik perhatian netizen.

Terbaru, tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang mengenakan pakaian ‘hantu cina’ di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang.

‘Hantu cina’ dedah perkara sebenar

Walaubagaimanapun, gelagat lelaki tersebut berjaya menarik perhatian ramai orang hingga terdapat beberapa individu yang mendekatinya untuk bergambar.

Menurut Harian Metro, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sin Chong Yie, 35, berkata, dia melakukan itu kerana mahu menghiburkan barisan hadapan.

Hal itu kerana barisan frontliner telah berjuang habis-habisan dan bertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk memastikan imuniti kelompok mampu dicapai.

@zahril4jmal

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN SEGAMAT ADA HANTU 😰🥺 !!! ##ppvsegamat ##fypvaccine ##fypシ ##hantucina🥴🤣🤣 ##comel

♬ Classic Remix – Mini💗

Dapat kebenaran dari pihak PPV

Ia mungkin menjadi persoalan netizen sama ada individu yang berpenampilan unik ke PPV itu telah mendapatkan kebenaran ataupun hanya bertindak spontan mengenakan pakaian itu.

Menurutnya, dia telah mendapatkan kebenaran pihak PPV terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan memakai kostum berkenaan selepas menerima panggilan temu janji.

Kostum ini dibeli secara dalam talian. Baju, seluar, penutup kepala selain wang kertas tiruan itu dibeli dengan harga RM30.

Ketika ditemui di rumahnya, secara berjenaka dia mengatakan bahawa hanya berani mengenakan kostum itu pada hari siang sahaja

Kostum Hantu cina di pusat PPV

Saya berani pakai kostum itu pada siang hari namun tidak pada sebelah malam kerana terasa seram pula.

Mengulas lanjut, dia mendapatkan idea untuk mengenakan kostum itu selepas teringat cerita lawak seram pernah ditontonya di kaca televisyen.

Ia hanya untuk hiburkan hati petugas barisan hadapan dan juga penerima vaksin lain.

Walaubagaimanapun, semasa suntikan vaksin itu, semuanya berjalan lancar sekitar jam 3 petang dan berjaya menghiburkan kesemua orang di PPV.

Selain itu, dia juga turut mendedahkan akan melakukan gimik pada temu janji kedua pada 9 September namun enggan mendedahkannya.

Tunggu kejutannya nanti.

Apapun, penampilan dan telatahnya itu berjaya menarik perhatian netizen sehingga ia tular di media sosial. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan lelaki itu yang berjaya menghiburkan petugas yang bertarung nyawa setiap hari.

Kredit: Harian Metro I TikTok zahril4jmal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas