Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) ‘Puntianak’ Datang Ambil Vaksin?

Puntianak

Oh! Tidak

(VIDEO) ‘Puntianak’ Datang Ambil Vaksin?

Puntianak datang nak ambil vaksin? Itu yang terjadi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) apabila terdapat seorang individu yang memakai kostum ala-ala hantu ‘puntianak’ baru-baru ini. 

ADVERTISEMENT

Menerusi satu video berdurasi 24 saat yang viral di Tiktok @goringit, ‘puntianak’ tersebut sedang menuju ke kaunter untuk berurusan sambil ketawa dan mengilai-ngilai. Kalau dengar suara dia waktu malam, confirm seram gila! Nasiblah waktu tu siang.

@gorongit

nah hantu pun vaksin! kamu yg antivacc tu lebih teruk dari hantu 🤣 crdit to owner video ✨ sumber : whatsappgroup

♬ original sound – Gurangak2.0

Nah hantu pun datang vaksin. Kamu yang antivaksin lebih teruk daripada hantu.

Macam-macam hal, sebelum ni Ohmedia ada share satu posting di Facebook berkenaan seorang individu yang memakai kostum ‘Spiderman’ untuk ambil vaksin yang didakwa berlaku di Tapah, Perak.

Apapun, tindakan mereka ini serba sikit dapat menghiburkan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab di PPV berkenaan. 

Bagi sesiapa yang belum dan masih lagi menunggu giliran pengambilan vaksin, diharap bersabar lah ya. Giliran korang pasti akan datang. Apapun, jangan lupa untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak yang melanda sekarang ni.

Kredit: Kosmo | TikTok @goringit

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top