Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Edar Makanan Bersama Duit, Polis Jalankan Siasatan

Trending

Tular Gambar Edar Makanan Bersama Duit, Polis Jalankan Siasatan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah gambar memaparkan ratusan makanan bungkus yang diselitkan bersama wang tunai sebanyak RM50.

ADVERTISEMENT

BACA: “Patuhi SOP! Taknak Jadi Macam PRN Sabah” – Ketua Menteri Melaka

Gambar yang mula tular sejak semalam itu telah menimbulkan pelbagai reaksi serta spekulasi sehingga ada yang mengaitkan dengan unsur politik.

Selain itu, ada juga yang mendakwa aktiviti ‘makanan duit’ ini diedarkan kepada pengundi yang akan mengundi semasa Pilihan Raya Melaka. Namun, masih tidak dikenalpasti akan kebenarannya.

Polis jalankan siasatan isu makanan selit duit

Berhubung dengan kejadian itu, polis Melaka telah mengesahkan akan membuka kertas siasatan berhubung gambar tular baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, hal itu dibuat selepas polis mendakwa aktiviti itu mempunyai unsur politik untuk meraih undi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisoner Azlan Abu berkata, beliau mengenalpasti gambar tersebut yang telah dimuat naik dan didakwa berlaku di Melaka.

Gambar tersebut dimuat naik oleh beberapa akaun Facebook yang menunjukkan terdapat bungkusan makanan bersama duit RM50.

Turut disertakan kapsyen gambar yang menyatakan kejadian itu berlaku di Melaka dan komen-komen mendakwa program itu berunsurkan politik bagi tujuan meraih undi.

Kenalpasti klip video, tiada unsur aktiviti meraih undi

Selain itu, beliau juga turut mendapati terdapat sebuah video pendek memaparkan aksi agihan makanan tersebut kepada warga emas.

Bagaimanapun pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti untuk meraih undian selain tidak terpapar sebarang logo atau bendera parti politik.

Hasil semakan mendapati ada satu klip video berhubung kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada warga emas.

Menerusi klip tersebut, kita tidak mengesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik.

Susulan itu, pihaknya juga telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas