Connect with us

Oh! Media

“Patuhi SOP! Taknak Jadi Macam PRN Sabah” – Ketua Menteri Melaka

C2b618ef e53e 4246 b6c0 8c07adcc2d57

Trending

“Patuhi SOP! Taknak Jadi Macam PRN Sabah” – Ketua Menteri Melaka

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan pada 20 November ini dan kesemua parti politik yang terlibat dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telahpun ditetapkan.

BACA : Pilihan Raya Negeri Melaka Sah Diadakan Pada 20 November Ini

Menurut laporan Harian Metro, pematuhan itu dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak dan ianya dikatakan sendiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

IKLAN

Buat masa ini kita patuh sahajalah SOP sehingga SOP baharu (diumumkan), kalau diberikan kelonggaran.

Beliau juga menasihati agar tidak berlaku perkara sama di PRN Sabah yang mengakibatkan kes jangkitan meningkat.

Kita pun tidak mahu esok ada peningkatan jangkitan dan kita dituduh penyebab utama kepada berlakunya jangkitan jika naik mendadak.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan kini sedang memperhalusi SOP sebelum ia dimuktamadkan yang membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas