Connect with us

Oh! Media

Tuan Rumah Takut Rugi Sebab ‘Penyewa Dari Neraka’? Instahome Boleh Bantu Dengan Insurans Percuma

Trending

Tuan Rumah Takut Rugi Sebab ‘Penyewa Dari Neraka’? Instahome Boleh Bantu Dengan Insurans Percuma

Kerap betul kita dengar pasal ‘penyewa dari neraka’ apabila melihat keadaan rumah yang begitu teruk ditinggalkan begitu saja. Perkara ini sekaligus membuatkan tuan rumah terpaksa mengeluarkan wang mereka sendiri untuk membaiki rumah tersebut. Kesian kan?

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan, tuan rumah dekat luar sana tak perlu risau lagi dengan adanya insurans percuma dari sebuah syarikat teknologi hartanah, Instahome Sdn Bhd yang bekerjasama dengan syarikat insurans berlesen iaitu Tune Protect Malaysia.

Apa faedah yang kita dapat?

Sekiranya korang menyewakan hartanah melalui Instahome, korang diberi jaminan tambahan iaitu mengurangkan risiko kerugian wang apabila terdapat ‘penyewa dari neraka’.

Liabiliti bagi proses penyewaan seperti sewa yang tidak dibayar, kerosakan harta benda dan kecurian oleh penyewa akan dilindungi tau. Memang terbaik!

Instahome sebenarnya telah menjalankan penyelidikan dan mendapati bahawa sebanyak 70 peratus tuan rumah sangatlah memerlukan produk yang boleh lindungi hartanah. 

Tuan rumah juga takut sekiranya terjadi kerosakan harta, kecurian perabot dan sebagainya walaupun mereka telah pegang deposit penyewa dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Instahome, Eric Tan Leong Yit (Eric).

Kami memperkenalkan perkhidmatan komprehensif ini untuk memberikan tuan rumah ketenangan fikiran yang mutlak.

Berdasarkan tinjauan terhadap tuan rumah, kami percaya gabungan deposit sewa tradisional dan insurans tambahan akan memberikan faedah yang terbaik kepada mereka.

Betul juga kan? Kalau ambil deposit keselamatan je tak cukup kalau nak tanggung kerugian yang dialami nanti. Jadi, penting juga pakej insurans yang diperkenalkan Instahome ni.

Bukan setakat dapat simpan deposit keselamatan dua bulan setengah, tuan rumah juga akan dapat bayaran RM1,500 sekiranya penyewa melarikan diri, RM500 untuk yuran guaman dan RM15,000 bagi kerosakan harta yang diinsuranskan dan RM1,000 untuk kecurian oleh penyewa.

Ini sokongan komprehensif yang tuan rumah akan dapat.

  1. Sokongan pengusiran – Instahome akan melakukan proses tuntutan di mahkamah dan menghubungkan mereka dengan peguam panel bagi penyewa bermasalah.
  2. Menawarkan perkhidmatan pelanggan 7 hari seminggu untuk mengendalikan sebarang pertanyaan.
  3. Sistem kutipan sewa percuma dengan penghantaran peringatan pembayaran sewa dan ganjaran penyewa yang membayar tepat pada masanya.
  4. Sokongan penyelenggaraan untuk menyediakan pemilik rumah dengan cadangan kontraktor yang boleh dipercayai dan kadar istimewa melalui perkongsian Instahome dengan Kaodim.

Memang berbaloi lah kalau sewakan dekat Instahome ni, kita pun dan tak perlu fikir kalau penyewa buat hal dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan-tuan rumah sekalian boleh pergi ke laman web rasmi, Facebook, Instagram, Twitter ataupun LinkedIn ya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas