Trending
Tragedi UPSI: 15 Pelajar Maut, Tabung Prihatin KPT Kumpul RM1.7 Juta Dalam Seminggu!
Tragedi 15 pelajar UPSI maut di Gerik cetus rasa hiba. Tabung KPT Prihatin berjaya kumpul RM1.7 juta bantu mangsa.
Siapa sangka perjalanan pulang ke kampus bertukar menjadi detik hitam buat pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Insiden tragis di Gerik yang meragut nyawa 15 pelajar bukan saja mengejutkan ramai, malah menyentuh perasaan seluruh negara.
BACA: Ini Nasib Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI
Dalam masa seminggu, rakyat Malaysia berganding bahu menyalurkan bantuan hingga Tabung KPT Prihatin berjaya kumpul dana mencecah RM1.7 juta!
Ramai hulur tangan, sumbangan mengalir deras

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sambutan terhadap tabung bantuan itu luar biasa.
Lebih 40 institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, NGO dan syarikat korporat tampil menghulurkan sumbangan demi ringankan beban keluarga mangsa.
Bantuan awal sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 juga dah pun disalurkan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga, termasuk pelajar yang cedera.
Dr Zambry turut maklumkan baki sumbangan akan diagih secara berperingkat oleh pihak UPSI dalam tempoh seminggu.
Setakat ini, bantuan wang tunai sebanyak RM371,000 telah diserahkan kepada pelajar dan waris untuk tujuan kebajikan serta menampung kos perubatan.
Menteri sumbang gaji sebulan secara senyap

Apa yang lebih menyentuh hati, Zambry turut menginfakkan sebulan gajinya ke dalam tabung bantuan. Tapi katanya, itu bukan perkara yang perlu dihebohkan.
Saya anggap ia sumbangan kecil. Kehilangan anak-anak ini jauh lebih besar daripada apa yang saya sumbangkan.
Difahamkan, tabung prihatin ini dijangka akan ditutup pada Jumaat dan sebarang sumbangan lain boleh diserahkan terus kepada waris atau mangsa terlibat.
Pssttt! Sumbangan RM1.7 juta tu bukti kasih sayang seluruh negara terhadap anak-anak UPSI. Takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan dan buat yang masih terima rawatan, kami doakan cepat sembuh.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM