Connect with us

Oh! Media

‘Total Lockdown’ Bukan Satu Langkah Yang Bijak Untuk Tangani Omicron – WHO

total lockdown

Trending

‘Total Lockdown’ Bukan Satu Langkah Yang Bijak Untuk Tangani Omicron – WHO

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), total lockdown atau perintah berkurung bukanlah satu keputusan yang bijak untuk menentang penularan varian Covid-19 yang baru, Omicron.

ADVERTISEMENT

BACA: Thailand Bakal Laksana ‘Lockdown’ Jika Dijangkiti Omicron?

Sebelum ini, ada beberapa negara yang memberi cadangan untuk membuat total lockdown jika varian Omicron dikesan di negara mereka, namun ada pelbagai lagi cara lain yang boleh dilakukan selain membuat perintah berkurung.

Lockdown jadi pilihan terakhir

total lockdown

Menurut Sinar Harian, Pengarah Serantau WHO, Dr Poonam Khetrapal Singh mengatakan perintah berkurung boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah yang boleh dibuat untuk mencegah penularan varian itu, namun ia bukanlah salah satu jalan keluar kepada penularan varian tersebut.

Ia boleh dijadikan sebagai pilihan terakhir kerana pelaksanaan lockdown sebelum ini terbukti melibatkan kos yang tinggi dan menyusahkan orang ramai.

Justeru langkah-langkah kesihatan awam seperti pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan meningkatkan kadar vaksinasi perlu diberi tumpuan.

Varian Omicron mempunyai jumlah mutasi lebih 30 kali dan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi daripada Delta. Varian ini telah merebak ke 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Belanda, United Kingdom, India dan Sri Lanka.

Walaupun varian Omicron ini berisiko tinggi di seluruh dunia, namun tiada lagi kes kematian disebabkan oleh varian ini.

Dr Poonam menjangkakan dunia bakal menjangkakan lonjakan kes kerana transmisi Covid-19 yang melibatkan varian Omicron ini adalah tinggi. Namun, katanya, kita perlu mengandaikan bahawa vaksin yang ada ini sudah cukup mampu untuk memberi perlindungan dan mengelakkan kematian berlaku.

Pelaksanaan perintah berkurung itu hanya akan memberi beban dan tekanan kepada rakyat kerana akan kehilangan sumber pencarian. Menurutnya juga, walaupun pelaksanaan berkurung itu akan menunjukkan kesan yang baik, namun ia adalah langkah yang mahal dan perlu dijadikan sebagai pilihan terakhir.

Sesungguhnya, rakyat sudah tidak mampu untuk berdepan dengan perintah berkurung lagi. Banyak perkara yang perlu diteliti oleh kerajaan sebelum membuat keputusan untuk melakukan total lockdown. Semoga negara kita akan terus dilindungi daripada penularan varian Omicron.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas