Connect with us

Oh! Media

Thailand Bakal Laksana ‘Lockdown’ Jika Dijangkiti Omicron?

thailand

Trending

Thailand Bakal Laksana ‘Lockdown’ Jika Dijangkiti Omicron?

Seperti yang kita tahu, sekarang ini terdapat varian Covid-19 baru yang menular, iaitu Omicron. Kerajaan Thailand berkemungkinan akan melakukan lockdown, jika varian Omicron dikesan di negara itu bagi mengelakkan penularannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Penangan Varian Omicron, Pintu Pagar Automatik Di Lapangan Terbang KLIA Dihentikan

Menerusi laporan Utusan, pemantauan terhadap situasi semasa akan diteruskan dan Kementerian Kesihatan akan menyemak pembukaan sempadan negara Thailand dalam tempoh dua minggu.

Kawalan di sempadan ditingkatkan, orang ramai tidak perlu panik

Sathit Pitutecha dari Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak perlu panik kerana pihak berkuasa kini sedang berusaha meningkatkan kawalan sempadan bagi mengelakkan kemasukan secara haram dan mengelak pemeriksaan kesihatan.

Sahit juga mengatakan pihaknya akan terus memantau perkembangan penularan varian Omicron dan perintah berkurung masih belum dibincangkan.

Situasi semasa dipantau secara rapat dan sebarang langkah akan dinilai terlebih dahulu berdasarkan maklumat baharu yang diterima.

Sekiranya varian Omicron dikesan berada di Thailand, negara ini akan berhadapan dengan perintah berkurung baharu.

Ia adalah polisi perdana menteri dan beliau akan membuat keputusan segera.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, mengimbas suhu badan, jaga jarak dan menggunakan aplikasi Thai Chana bagi rakyatnya.

Semoga varian Omicron ini tidak berleluasa dan semoga kita semua sentiasa dilindungi. Jika anda belum ambil vaksin, silalah berbuat demikian kerana itu merupakan salah satu usaha kita untuk membendung penularan varian-varian baru Covid-19 dikalangan masyarakat.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas