Connect with us

Oh! Media

”Tolonglah Dia..” – Abang Cerita Keadaan Terkini Isteri Suspek Bunuh Nur Farah Kartini

Ohmedia suspek nur farah kartini

Trending

”Tolonglah Dia..” – Abang Cerita Keadaan Terkini Isteri Suspek Bunuh Nur Farah Kartini

Abang kepada isteri suspek yang didakwa bunuh Nur Farah Kartini tampil cerita keadaan terkini adiknya sejak kecoh di media sosial mengenai kes itu.

Menurut laporan Sinar Harian, abang isteri suspek beritahu yang adiknya mengalami gangguan emosi dan menangis setiap hari.

Isteri suspek juga dikatakan perlu bekerja dan menjaga anak mereka yang berusia 8 bulan sambil ditemani air mata. 

IKLAN

Perkara itu juga buatkan keluarga perlu menemani isteri suspek sambil memberi semangat untuk sabar dan tabah mengharungi hari yang mendatang.

Setiap hari adik saya menangis, emosinya terganggu sejak mengetahui insiden itu. Sekarang ini adik dah tak boleh lagi bekerja dan perlu menjaga anak perempuan yang masih bayi.

Jadi tolonglah dia untuk melalui waktu yang sangat sukar ini. Tolonglah bantu adik saya dengan tidak mengeruhkan lagi keadaan ini.

Bukan tu jer, keluarga isteri suspek juga meminta agar siasatan kes diserahkan kepada pihak berkuasa dan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tak betul terhadap keluarga mereka.

Adik juga terpaksa menjauhi media sosial kerana takut membaca pelbagai andaian dalam kes ini yang hanya akan memburukkan lagi emosinya.

Orang tak berada di tempat kami, jadi mereka tak tahu bagaimana sakitnya perasaan ini apatah lagi adik saya mangsa keadaan yang langsung tidak bersalah dan tahu apa-apa.

Ohmedia suspek nur farah kartini

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas