Connect with us

Oh! Media

Timbul Dakwaan Emma Maembong Kembali Rujuk, Ini Jawapan Tuan Badan!

Emma Maembong

Trending

Timbul Dakwaan Emma Maembong Kembali Rujuk, Ini Jawapan Tuan Badan!

Pelakon popular, Emma Maembong mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, masih kekal baik walaupun mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Menurut laporan Astro Gempak, Emma berkata tiada perasaan dendam antara mereka, kerana mereka menyedari bahawa kegagalan rumah tangga itu datang daripada masalah bersama yang diselesaikan secara matang.

Hubungan kami memang baik sebab tak ada apa yang nak berdendam. Saya dan bekas suami tahu, perkahwinan kami gagal, kami yang ada masalah tapi benda itu dapat diselesaikan.

Emma Maembong tak selesa buka aib

Img 5454

Emma turut menegaskan bahawa dia tidak selesa membuka aib rumah tangga kepada umum, dan percaya jodoh adalah perkara yang sukar dijangka.

IKLAN

Kalau di masa akan datang, kita dijodohkan semula, kita pun tak tahu. Jadi buat apa nak berdendam. Saya tak kisah soal jodoh ini sebab ada di mana-mana.

Tambahnya lagi, membuka aib hanya akan memalukan diri sendiri apabila jodoh kembali menyatukan semula.

Contohnya bukan kita tak pernah tengok, ada sahaja pasangan berperang ‘kau salah’ buka aib, tapi dua tahun kemudian jodoh bertemu kembali.

Simpan cerita, lindungi maruah

Img 5455

Bagi Emma, hal rumah tangga patut disimpan antara pasangan sahaja, bukan dikongsi kepada semua.

Siapa salah siapa betul simpan, tak perlu cerita dekat semua orang. Itu masalah kita dan pasangan.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua anak lelaki. Mereka telah disahkan bercerai dan tempoh idah tamat pada 7 Oktober tahun lalu, namun Emma memilih untuk tidak menghebohkan perkara itu kepada umum.

Pssttt! Dalam rumah tangga, tak semua perlu dikongsi di media sosial. Hormati pasangan dan jaga maruah bersama, walau hubungan berakhir. Kadang jodoh datang semula tanpa diduga.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas