Connect with us

Oh! Media

Tiga Kanak-Kanak Ditahan Pihak Polis, Disyaki Telah Merog*l Rakan Di Kebun

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 30t100035904

Trending

Tiga Kanak-Kanak Ditahan Pihak Polis, Disyaki Telah Merog*l Rakan Di Kebun

Baru-baru ini di Tawau, Sabah, tiga orang kanak-kanak ditahan kerana disyaki telah merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun.

Menerusi laporan Astro Awani, kanak-kanak yang ditahan masing-masing berusia antara 12 hingga 14 tahun. Difahamkan mereka melakukan perbuatan keji tersebut di sebuah kebun dalam daerah Tawau pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 4.56 petang pada Jumaat.

IKLAN

Selepas menerima laporan, sepasukan polis telah digerakkan untuk menahan suspek. Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada hari Khamis jam 9 malam di kebun dalam daerah Tawau.

Dua suspek merupakan pemegang sijil lahir manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan kesemua mereka tidak bersekolah.

Mangsa kanak kanak perempuan berumur 12 tahun juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan merupakan kenalan serta tinggal sekampung dengan semua suspek.

Kini, kesemua suspek telah ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober depan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 30t100035904

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas