Connect with us

Oh! Media

“Tiga Bulan Saya Gagah” – Rentas Negeri Pertama, DS Vida Ziarah Pusara Dua Anak

Trending

“Tiga Bulan Saya Gagah” – Rentas Negeri Pertama, DS Vida Ziarah Pusara Dua Anak

Dalam kegembiraan orang ramai pulang ke kampung menziarahi ibu bapa, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DS Vida) pula merentas negeri melawat pusara anak lelakinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Doakan Saya Sihat” – Rasa Panas Setiap Kali Live, DS Vida Terkena Gangguan?

Kira-kira lapan tahun lalu, dua anak lelaki usahawan ini telah maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat.

Anak-anaknya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin pada ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.

Menceritakan kembali kisah duka itu, usahawan ini berkata dia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk bangkit daripada kesedihan.

Pemergian yang merentap hati itu membuatkan dia menyediakan satu ruang kosong buatnya bersebelahan kubur anak.

Alhamdulilah saya kuat kerana saya tahu ada ganjaran besar Allah SWT nak bagi. Syurga tertinggi.

Kata DS Vida lagi, semasa dua anaknya itu ‘pergi’, dia tidak melihat wajah mereka. Dia menganggap anak-anaknya itu ke satu destinasi yang sangat jauh.

Saya jarang mimpi dorang, mereka tahu seksa dan azabnya sebuah kerinduan pada mereka yang telah pergi tak kembali.

Menunjukkan kawasan perkuburan, Vida memberitahu anak-anaknya disemadikan dalam satu liang lahad.

Kredit: Instagram DS Vida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Twitter Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas