Connect with us

Oh! Media

Tiga Anggota Polis Disyaki Guna Kekerasan Semasa Tahan Mohamad Hafiz Salleh

Ohmedia polis

Trending

Tiga Anggota Polis Disyaki Guna Kekerasan Semasa Tahan Mohamad Hafiz Salleh

Februari lalu, tular di media sosial perkongsian ahli keluarga menuntut keadilan buat Mohamad Hafiz Salleh yang didakwa maut selepas diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi, Kedah.

Adik mangsa, Salwana Salleh mahu pihak berkuasa memberi penjelasan berkenaan kejadian dalam video tular dipercayai anggota polis cuba menahan Mohd Hafiz dengan cara yang dianggap keterlaluan.

Dalam perkembangan terbaru, Sinar Harian melaporkan tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi semalam atas dakwaan membunuh.

IKLAN

Tertuduh iaitu Asisten Superintenden Azhar Mohamad Amir, Koperal Shahril Firdaus Solleh dan Koperal Mohd Shaharri Shah Mat Saad didakwa secara bersama membunuh Mohamad Hafiz Salleh di pejabat operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Polis

Namun, tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Ketiga-tiga tertuduh yang bertugas di BSJN, IPD Langkawi didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Januari antara jam jam 6 petang hingga 8 malam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 20 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Ohmedia polis

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas