Trending
“Tidur Gabisa! Bising!” – Wanita Indonesia Serik Bersalin Di Hospital Kerajaan, Bagi ‘Rate’ 2/100 Je
Seorang wanita berasal dari Indonesia dikecam netizen selepas berkongsi pengalaman buruk bersalin di Hospital Pulau Pinang.
Dalam perkongsian tersebut, dia hanya memberikan rating 2/100 dan kosong markah untuk layanan kakitangan hospital kepadanya.
BACA: Suami Terkilan Hanya Dapat 2 Hari Cuti Dan Lihat Isteri Kaku Di Sisi Anak Selepas 4 Hari Bersalin
Difahamkan, empunya diri memuat naik perkongsian itu di TikTok namun hasil semakan mendapati akaun tersebut telah ‘hilang’.
Perkongsian kemudian dimuat naik semula oleh seorang pengguna aplikasi X yang dipercayai bertugas di hospital itu.


Sebagai kakitangan hospital, dia menafikan dakwaan yang dibuat wanita terbabit. Katanya, wad obstetrik dan ginekologi (O&G) semuanya dilengkapi dengan penghawa dingin seperti wad kelas pertama tetapi bercampur.
Mengenai dakwaan bising pula, ianya hanya terjadi di waktu-waktu tertentu. Pada waktu malam (waktu tidur) wad kebiasaannya senyap je.

Lebih menyedihkan apabila wanita warga asing ini mendakwa dia perlu berjalan seorang diri ke tandas selepas 6 jam bersalin secara pembedahan caesarean.

Dakwanya lagi, dia bagai nak gila selama 4 hari ditahan di wad. Dia dan bayi juga dikatakan tidak mandi dalam tempoh itu.

Namun, kakitangan hospital menegaskan dia melihat sendiri jururawat menolak bayi untuk dimandikan pada setiap pagi.
Kredit: Aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.