Connect with us

Oh! Media

Trending

“Tiada Siapa Mahu Penceraian”- Bella Astillah Terkilan Namanya Tersenarai Dalam ‘Senarai Untuk Dihalalkan’

Baru-baru ini Bella Astillah telah meluahkan perasaan kecewa apabila mendapat tahu namanya termasuk dalam ‘senarai untuk dihalalkan’ yang dibuat oleh netizen di media sosial.

Menerusi laporan Media Hiburan, Bella Astillah atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata dia sedih kerana namanya tersenarai. Namun, katanya, itulah hakikat yang harus diterima.

IKLAN

Saya rasa sangat sedih nampak nama di situ.

Kalau ditanya bila nampak senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan.

Senarai itu juga memaparkan nama-nama artis yang kini sudah berpisah dengan suami mereka.

Selain Bella, terdapat lima nama rakan artis yang turut terpapar dalam senarai tersebut.

Saya tak rasa gembira pun apabila nampak apa yang dikongsikan itu. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya.

Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda.

Bella juga berkata dia agak terkilan apabila orang mempermainkan perkara tersebut. Ujarnya, tiada siapa yang berkahwin dan inginkan penceraian.

Cuma bila ada ketika ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, rasa sedihlah. Sebab saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin, kemudian kita merancang untuk bercerai.

Susulan itu, Bella kini hanya mahu menjaga diri dan tidak mahu bercakap lagi mengenai hal melibatkan penceraian atau janda.

Tinggal lagi sekarang saya mahu menjaga diri dan pandang ke depan. Saya okay sahaja cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda.

Bella juga mendakwa kini dirinya mahu memberi fokus soal kerjaya dan anak-anak sahaja.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Media Hiburan


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas