Connect with us

Oh! Media

Tiada Niat Jatuhkan Maruah Shuk, Issey Minta Maaf

Trending

Tiada Niat Jatuhkan Maruah Shuk, Issey Minta Maaf

Kecoh di sosial media apabila pelawak dan penyampai radio, Issey membuat gurauan kasar terhadap pelawak Shuk Sahar dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYM) musim keempat yang ditayangkan di TV3 beberapa hari lepas.

ADVERTISEMENT

Issey, 34 berkata dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata itu di hadapan orang ramai dan memohon maaf kepada Shuk dan juga netizen atas perbuatannya itu.

Penyampai radio Suria FM itu bergurau dengan mengeluarkan ayat “awak pernah curang saya tak pernah” sebagai balasan gurauan kepada Shuk.

“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja.

“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu. Malah jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia. Begitu juga dengan Shuk. Cuma, memang itu cara gurauan kami selama ini.

“Namun, diakui perkara ini salah kerana saya bergurau di tempat awam dan ia tidak sesuai. Jadi, saya nak minta maaf kepada warganet sebab ini tidak patut berlaku. Sepatutnya guraun seperti ini tidak patut dibuat secara terbuka,” katanya 

Issey menjelaskan bahawa dia dengan Shuk tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Dari dahulu sampai sekarang saya dan Shuk okay, kami tidak pernah ada masalah. Malah, ketika rakaman dijalankan pun kami siap melawak lagi. Selepas itu pun kami ada berjumpa.

“Sehinggalah episod ini ditayangkan dan ia menjadi tular. Saya pun terus menghubungi Shuk dan minta maaf atas apa yang berlaku. Tidak menjangka perkara ini menjadi isu tapi dia kata okay saja,” katanya.

Issey berharap orang ramai tidak lagi memperbesarkan isu ini kerana dia sudah meminta maaf kepada Shuk.

“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk. Lagi pula saya pun sudah minta maaf pada Shuk.

“Secara peribadi, saya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

Pada masa yang lain, Shuk memuji perubahan Issey yang ketara dalam program ICSYVM dan ia memberi impak yang positif kepadanya.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” katanya.

Selepas itu, keadaan menjadi meriah apabila Issey menambah pujian kepada Shuk dengan spontan.

Kredit : HarianMetro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas