Connect with us

Oh! Media

“Ternyata Hujan Juga” – Pawang Hujan ‘Penipu’, Tidak Berjaya Hentikan Hujan Di Konsert

Pawanghujan

Trending

“Ternyata Hujan Juga” – Pawang Hujan ‘Penipu’, Tidak Berjaya Hentikan Hujan Di Konsert

Korang mesti ingat lagi kan dengan ‘pawang’ hujan yang membuat kemunculan ketika perlumbaan MotorGP beberapa bulan yang lalu?

BACA: Aksi Pawang hujan MotoGP Mandalika Jadi Bahan Lawak Dunia, Penduduk Indonesia Pun Rasa Malu Dan Minta Taubat

Terbaru, pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari itu sekali lagi menjadi bualan dalam kalangan rakyat di Indonesia yang malu dengan tindakannya yang gagal menghentikan hujan di sebuah konsert.

IKLAN

Dijemput ke sebuah konsert

Menerusi hantaran yang dimuatnaik fakta.indo di Instagram, difahamkan Rara Istiani yang lebih mesra dipanggil Mbak Rara itu dijemput bagi mengendalikan hujan sebelum bermulanya acara konsert itu.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kegagalan Mbak Rara itu untuk mengendalikan serta menghentikan hujan.

Viral video sebelum konser Mbak Rara diundang sebagai pawang hujan dan ternyata hujan juga.

Jangan buat kerja tuhan

Perkongsian yang tular di Instagram itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka meninggalkan komen menyatakan bahawa Mbak Rara ini bukanlah seorang pawang yang boleh menghentikan hujan tetapi hanyalah seorang penipu.

Screenshot 2022 06 13 at 123101
Screenshot 2022 06 13 at 123120
Screenshot 2022 06 13 at 123126
Screenshot 2022 06 13 at 123133

Siapalah kita nak menurunkan atau menghentikan hujan. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang berkuasa dan berkehendak atas segalanya.

Kredit: Instagram fakta.indo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas