Connect with us

Oh! Media

Aksi Pawang hujan MotoGP Mandalika Jadi Bahan Lawak Dunia, Penduduk Indonesia Pun Rasa Malu Dan Minta Taubat

pawang hujan

Oh! Islam

Aksi Pawang hujan MotoGP Mandalika Jadi Bahan Lawak Dunia, Penduduk Indonesia Pun Rasa Malu Dan Minta Taubat

Drama perlumbaan MotoGP ketika ini sedang tertumpu di litar Mandalika, Indonesia di mana negara itu pertama kali menganjurkan perlumbaan dunia di sana. Macam-macam berlaku dalam perlumbaan ini dan pawang hujan tiba-tiba mencuri tumpuan seluruh dunia.

ADVERTISEMENT

Tindakan pawang hujan itu bagaimanapun menjadi bahan lawak dunia kerana ia jarang dilihat. Walaupun keadaan hujan yang lebat tiba-tiba reda sebaik sahaja pawang hujang melakukan ritual, ia tetap mendapat kecaman hebat dari kalangan umat Islam dunia termasuk rakyat Indonesia sendiri yang mengakui malu dengan apa yang terjadi.

Memetik laporan Suara.com, pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari telah diminta untuk bertaubat kerana perbuatannya itu melanggar syarak Islam.

“Kalau hujan dihalang, maka tidak akan berlaku bencana banjir di dunia ini.”

Diharapkan dapat mengharumkan nama indonesia, sebaliknya memalukan negara, malah menjadi ejekan semua orang. Hujang itu adalah fenomena semula jadi yang mana mungkin ditegah atau dihalang daripada berlaku. – Kata netizen Indonesia.

Taubat segera Rara, jangan menyekutukan Allah SWT. – Nasihat dari seorang lagi netizen Indonesia di Twitter.

Sebelum itu, ada juga berita yang menyatakan Rara telah menerima bayaran sebanyak RM30,000 untuk ritual halang hujan yang dilakukannya. Apapun kita sebagai umat Islam harus percaya bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini hanyalah dengan izin Allah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas