Connect with us

Oh! Media

“Terlalu Agresif Macam Dah Nikah” – Viral Aksi Mesra Ariel Noah Dan BCL Di Pentas

Trending

“Terlalu Agresif Macam Dah Nikah” – Viral Aksi Mesra Ariel Noah Dan BCL Di Pentas

Kemesraan penyanyi popular Indonesia, Ariel NOAH dan Bunga Citra Lestari di Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan Sabtu lalu di Bandung mengundang pelbagai reaksi peminat.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan portal Suara, dua penyanyi hebat ini telah berganding bersama dalam menyanyikan lagu kegemaran ramai iaitu iaitu Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu. Pada mulanya, Ariel dan BCL hanya berpegangan tangan dan berpandangan.

Mereka kelihatan sangat serasi berduet sambil menari-nari mengikut rentak lagu. Di akhir lagu, Ariel dilihat memeluk BCL dan BCL dengan pasrah menjatuhkan tubuhnya dalam pelukan Ariel.

Manakala sebelah kaki BCL diangkat ke atas dan tangan Ariel dengan spontan menangkap bahagian paha penyanyi jelita itu. Orang ramai yang menghadiri acara konsert itu hanya bersorak dan bertepuk tangan.

Pelbagai respon diberikan netizen selepas video itu tular di media sosial. Ada yang menyokong pasangan ini bersama dan ada juga mengecam kerana terlalu mesra seperti sudah menikah.

“Ariel dan BCL terlalu agresif kayak sudah nikah aja, padahal belum nikah, lihatnya malu,” kata Wiwin Winarsih.

Video tular

https://www.youtube.com/watch?v=obAmaCl2u2Q&t=1s

Kredit: Youtube ACIKLOVERS | Suara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas