Trending
Terkini Mengenai Ibu Hamil Terlibat Kemalangan Di Terowong Menora, Polis Buru Pemandu Terlibat!
Polis kini sedang mengesan pemandu yang dipercayai melanggar seorang ibu hamil di Kilometer 264 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menghala ke selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lepas.
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis bersama PLUS sedang berusaha mengesan kenderaan terbabit, termasuk menyiasat dakwaan kecurian barang milik mangsa yang tular di media sosial.
Perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Bukan kes langgar lari?

Walaupun kejadian ini tular dengan dakwaan langgar lari, polis menjelaskan bahawa kemungkinan besar pemandu tidak sempat mengelak ketika insiden berlaku.
Kita masih dalam siasatan dan sedang mencari pemandu tersebut. Mungkin bukan langgar lari, tetapi dia tidak sempat mengelak.
Polis juga sedang bekerjasama dengan PLUS untuk mendapatkan rakaman CCTV bagi mengenal pasti nombor plat kenderaan yang terlibat.
Pemandu diminta tampil

Pihak polis berharap pemandu terbabit tampil secara sukarela bagi membantu siasatan. Datuk Noor Hisam juga memaklumkan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan setelah maklumat lengkap diperoleh.
#ApaKataOhmedia
Keselamatan di lebuh raya sangat penting, lebih-lebih lagi di kawasan berisiko seperti Terowong Menora. Pemandu dinasihatkan untuk berhati-hati, patuhi had laju dan elakkan memandu dalam keadaan mengantuk.
Jika berlaku kemalangan, pastikan bantuan dihubungi segera dan jangan tinggalkan mangsa dalam keadaan bahaya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM