
Trending
Terkini Mengenai Artis Lelaki Terkenal Lakukan Amang Seksual!
Artis lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun. Kertas siasatan siap, tunggu tindakan pendakwaan.
Kes membabitkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun bakal memasuki fasa pendakwaan selepas kertas siasatan disiapkan.
Menurut laporan Harian Metro, kertas siasatan itu akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini dan perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.
Saya akan maklumkan kemudian sama ada suspek akan didakwa esok atau belum.
Berkenalan di kafe, jadi mangsa pelakon di hotel

Suspek dan mangsa dikatakan berkenalan di sebuah kafe tempat mangsa bekerja sejak tiga bulan lalu. Mereka kemudiannya bertemu beberapa kali selepas itu.
Namun segalanya berubah apabila pelakon berkenaan membawa remaja itu ke sebuah hotel di Selangor dan disyaki melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadapnya.
Siasatan bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), yang membawa hukuman berat jika sabit kesalahan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, turut mengesahkan pertemuan suspek dan mangsa berlaku beberapa kali sebelum insiden terbabit.
Pssttt! Jangan mudah percaya hanya kerana seseorang itu dikenali atau popular. Sentiasa jaga batas dan lindungi diri, terutama golongan remaja yang mudah terdedah kepada risiko.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
